Dia kata

Dia kata, satu hari tu, kami dalam kereta, dia kata dia takut bila dia tak bercakap.

Aku diam, macam biasa.

Dan dia kata, ada sesuatu yang opresif tentang kesunyian. Dia tanya aku, pernah tak sedar, waktu elektrik terputus, waktu yang menurutinya - tak panjang, mungkin satu saat, mungkin dua saat - adalah satu sunyi yang maha besar.


Waktu itu, katanya, waktu itu, dia rasa macam mahu hilang dari kewujudan, mahu lohong kesunyian itu telan dia.


Di simpang ada seorang gila sedang merobek-robek peti sampah. Kereta di sebelah kiri, cuba mengelak anjing yang mahu melintas.

Aku baru sedar ada seekor lalat dalam kereta.